Pageviews

22 Disember 2010

Azam, Harapan dan Anugerah Cinta 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setiap dari kita pasti mempunyai harapan atau juga azam untuk dilaksanakan pada setiap tahun.  Dah penghujung tahun 2010, agak-agaknya azam dan harapan untuk tahun 2010 dah tercapai tak?  Kalau tak banyak paling kurang pun 80% dah tercapai.  Baki lagi tu carry forward  ke tahun 2011.  Itupun kalau sesuai dan boleh dibuat carry forward.  Tak macam baki cuti, kerana tak semua baki cuti boleh dibawa ke hadapan, contohnya baki cuti tanpa rekod... mesti habiskan tahun ni juga sebelum 31/12/2010.

Jika ada harapan atau azam yang masih tidak tercapai, janganlah berputus asa, cuba lah berharap lagi.  Kerana tidak mustahil suatu ketika harapan dan azam itu pasti tercapai.  Kadang-kadang kita tak perasan pun dah tercapai dan tak teringat pulak bila kita berazam dan berharap begitu.  Jangan berhenti mengharap ... seperti lagu pulak.


"Apabila Anda berharap agar Allah senantiasa menganugerahkan kepada Anda apa-apa yang Anda cintai dan sukai maka hendaklah Anda senantiasa menjaga dan melaksanakan apa-apa yang dicintai dan disukai oleh Allah".  (Salah seorang ahli hikmah)

~~~~~~~~~~
Catatan aye:  Apa azam 2011?

2 ulasan:

  1. jgn berhenti berharap, n jgn henti berusaha...selamat tahun baru

    BalasPadam
  2. to nuyin,

    jangan berhenti bernafas juga selamat tahun baru...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.