Pageviews

23 Julai 2010

Bila umi nak pandai bawa motor

Assalamualaikum

anak-anak dah pandai bicara
pandai juga bertanya itu ini
bila anak mula bertanya
apa patut umi jawab?
jawablah ikut pemikiran anak
ha... macam mana?
pikir macam kita masa budak-budak dulu
ntah apa-apa

satu petang...
anak bertanya "bila umi nak pandai bawa motor?, macam mak kawan alif...
hm... dalam hati anak dah lupa
atau kerana aku yang dah lama tak naik motor
atau kerana pengaruh ayah, katanya umi sombong tak nak naik motor
heee.... geram betul dengan jawapan si ayah
lantas si umi jawab, sekarang umi tak sihat, bila sihat nanti umi bawaklah...
si anak nampaknya puas hati...

tak tahu dalam hati uminya... debaran semacam
umi yang penakut dan juga fobia kerana pernah jatuh
walau tak parah... namun kesannya amat mendalam...

untuk itu, oleh kerana umi dah janji
maka umi perlulah tunaikan janji
segeralah kuatkan semangat
... dan 'sembuhkan' penyakit
yang entah bila akan sembuh...

~~~~~~~~~~

3 ulasan:

  1. sama seperti uminya Sabila, karena pernah hampir nyemplung ( jatuh ) ke kali, sampai hari ini belum berani membawa motor sendiri

    BalasPadam
  2. to abi,
    eh... ada juga yang sama ceritanya...aduh...

    BalasPadam
  3. salam,

    ada kawan saya sorang tuu...sampai sekarang tak reti naik basikal...katanya tak nak nek basikal...bawak keta je...kes tak pandang oang naik basikal la tu...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.