Pageviews

29 Jun 2010

Saya sayang Bonda saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Biarpun sambutan Hari Ibu dah lepas dan lambat lagi akan menjelma semula namun hari-hari yang ditempuhi penuh dengan ingatan kepada bonda

Suddah seminggu tak jumpa bonda
bonda ada kat Besut... mungkin kat rumah tok, abang dan saudara mara
bila agaknya bonda akan balik sini?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


pagi tadi di TV9, dalam rancangan tanyalah ustaz....
tiba-tiba teringat pada bonda yang dah lama tak jumpa

Teringat juga beberapa ungkapan yang pernah dilontarkan oleh bonda
ungkapan itu adalah sebahagian daripada ungkapan berikut....


KATA IBU (BONDA KU SAYANG)...

Masih ku ingat kata-kata ibu
sambil memberi wang dan berpesan Sayang,
'Pergilah ke kedai Pak Mamat
beli sekati gula dan sekati tepung
kalau tiada pergi ke kedai Maniam
kalau tiada jua belilah di kedai Ah Chong'.

Sambil berlari girang
dicelah-celah pepohon nyiur yang melambai indah
dengan sarang-sarang tempua berhayunan
bagaikan buaian
aku membeli gula dan tepung di kedai Pak Mamat
bertahun-tahun begitu
sesekali aku kekedai Maniam dan Ah Chong.

Kata Ibu:
'Beli dikedai Pak Mamat kita dapat berkat
Pak Mamat membayar zakat
kalau beli di kedai Maniam dan Ah Chong
siapa menanggung dosa
kalau mereka jadi kaya raya
wang tadi dibina patung-patung dewa
kita terheret percuma masuk neraka
hanya sedikit yang masuk syurga
selainnya masuk neraka
kerana subahat membina Muruga dan dewa'.

Kata Ibu:
'Kalau mereka menjadi kaya raya
nanti mereka menjadi ceti
diberi Melayu pinjamnya wang
habis dilelongnya tanah warisan
kerana Melayu tak mampu bayar hutang'.

Kata Ibu:
'Kalau mereka kaya raya
habis dibelinya tanah dan bendang
padi naik harga kerana Melayu
hanya jadi kuli bukan tuan
kilang bukan kita punya
kedai juga bukan kita punya
tengok tu minum
kopi pun kata mereka
sedap dikedai Cina'.

Kata Ibu:
'Kalau mereka kaya raya
habis dibelinya pekan dan kampung
kita nantinya tinggal
dipinggir sungai bakau
dan berumah di bukit bukau
tapi kini sungai
juga dibeli dijadikan kolam udang
bukit juga dibeli dibina kondo mewah
Melayu mahu tinggal di mana
dalam hutan belantara?'.

Kata Ibu:
'Tanamlah kucai kita dapat berkat
kerana makan sayur yang tidak subahat
kucai di kedai Cina disiram najis babi
kalau kita tanam kucai
kita gemukkan kucai dengan tahi kambing

Kata Ibu:
Jangan makan tokua
kalau tak tahu siapa pembuatnya
jangan makan mi kalau Ah Chai yang membuatnya
kalau makan makanan subahat
hati hilang sinarnya
kerana memakan makanan subahat
hati dipenuhi bintik bintik hitam penuh noda dan dosa
hati akhirnya mati
kita nantinya semakin renggang dari kekasih tuhan
kita nantinya menjauhkan diri yang Maha Pencipta
dosa kita berganda-ganda
lalu tuhan turunkan bala'..

~~~~~~~~~~

catatan:  "kata Ibu" di atas bukanlah ciptaan aye sepenuhnya... namun apa yang dikata itu pernah aye dengar mulut bonda...

Sekian.

4 ulasan:

  1. to cikgi Ri,
    sungguh terharu sekali...

    BalasPadam
  2. Bunda, mengingatmu, mengingat kasihmu, mengingat jasamu, adalah hal yang paling mudah membuat menetes air mataku. Ya Allah, lingungi bundaku, ayahku, bahagiakan mereka di masa tuanya, beri hamba kekuatan untuk membahagiakan mereka, amin.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.