Pageviews

29 Jun 2010

Saya sayang Bonda saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Biarpun sambutan Hari Ibu dah lepas dan lambat lagi akan menjelma semula namun hari-hari yang ditempuhi penuh dengan ingatan kepada bonda

Suddah seminggu tak jumpa bonda
bonda ada kat Besut... mungkin kat rumah tok, abang dan saudara mara
bila agaknya bonda akan balik sini?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


pagi tadi di TV9, dalam rancangan tanyalah ustaz....
tiba-tiba teringat pada bonda yang dah lama tak jumpa

Teringat juga beberapa ungkapan yang pernah dilontarkan oleh bonda
ungkapan itu adalah sebahagian daripada ungkapan berikut....


KATA IBU (BONDA KU SAYANG)...

Masih ku ingat kata-kata ibu
sambil memberi wang dan berpesan Sayang,
'Pergilah ke kedai Pak Mamat
beli sekati gula dan sekati tepung
kalau tiada pergi ke kedai Maniam
kalau tiada jua belilah di kedai Ah Chong'.

Sambil berlari girang
dicelah-celah pepohon nyiur yang melambai indah
dengan sarang-sarang tempua berhayunan
bagaikan buaian
aku membeli gula dan tepung di kedai Pak Mamat
bertahun-tahun begitu
sesekali aku kekedai Maniam dan Ah Chong.

Kata Ibu:
'Beli dikedai Pak Mamat kita dapat berkat
Pak Mamat membayar zakat
kalau beli di kedai Maniam dan Ah Chong
siapa menanggung dosa
kalau mereka jadi kaya raya
wang tadi dibina patung-patung dewa
kita terheret percuma masuk neraka
hanya sedikit yang masuk syurga
selainnya masuk neraka
kerana subahat membina Muruga dan dewa'.

Kata Ibu:
'Kalau mereka menjadi kaya raya
nanti mereka menjadi ceti
diberi Melayu pinjamnya wang
habis dilelongnya tanah warisan
kerana Melayu tak mampu bayar hutang'.

Kata Ibu:
'Kalau mereka kaya raya
habis dibelinya tanah dan bendang
padi naik harga kerana Melayu
hanya jadi kuli bukan tuan
kilang bukan kita punya
kedai juga bukan kita punya
tengok tu minum
kopi pun kata mereka
sedap dikedai Cina'.

Kata Ibu:
'Kalau mereka kaya raya
habis dibelinya pekan dan kampung
kita nantinya tinggal
dipinggir sungai bakau
dan berumah di bukit bukau
tapi kini sungai
juga dibeli dijadikan kolam udang
bukit juga dibeli dibina kondo mewah
Melayu mahu tinggal di mana
dalam hutan belantara?'.

Kata Ibu:
'Tanamlah kucai kita dapat berkat
kerana makan sayur yang tidak subahat
kucai di kedai Cina disiram najis babi
kalau kita tanam kucai
kita gemukkan kucai dengan tahi kambing

Kata Ibu:
Jangan makan tokua
kalau tak tahu siapa pembuatnya
jangan makan mi kalau Ah Chai yang membuatnya
kalau makan makanan subahat
hati hilang sinarnya
kerana memakan makanan subahat
hati dipenuhi bintik bintik hitam penuh noda dan dosa
hati akhirnya mati
kita nantinya semakin renggang dari kekasih tuhan
kita nantinya menjauhkan diri yang Maha Pencipta
dosa kita berganda-ganda
lalu tuhan turunkan bala'..

~~~~~~~~~~

catatan:  "kata Ibu" di atas bukanlah ciptaan aye sepenuhnya... namun apa yang dikata itu pernah aye dengar mulut bonda...

Sekian.

28 Jun 2010

Ada apa dengan penantian?

Assalamualaikum dan salam sejahtera


hmmm.... dalam hidup ini
terkadang terlalu banyak penantian
yang mana satu akan sampai dulu...

untuk itu diabadikan lirik lagu ini untuk sebuah penantian itu....


Blackrose:  Penantian

Dikamar ku menyepi
Hanya lilin menerangi
Beginikah seksanya
Hidup dalam penantian
Ditabir tirai malam
Ada insan kesepian, keseorangan...

Dan setiap detik yang ku lalui
Seluruh malam ku membisu
Tetap setia menantimu
Bayanganmu entah di mana

Mengapa harus kita ditemukan
Di saat jiwaku keresahan
Apakah aku satu persinggahan
Mengubat rindu... oh...

Kau dahagakan...
Ku kehausan...
Setitis rasa
Pada bayangan yang tak pasti... oh...

Kau nyalakan perasaan
Mengukir kemesraan
Mungkinkah ada sinar
Bersama impianku

Dah telah ku duga
Suasana keindahan seketika
Aku tetap menanti mu

Kau dahagakan...
Ku kehausan...
Setitik rasa... oh...
Aku tenggelam...
Kehampaan...
Keseorangan...

Mana sinaran ?...
Terangilah hidupku
Tak sanggup lagi... aku... sepi...
~~~~~~~~~
sekian.

25 Jun 2010

Gerhana bulan pada hari Sabtu

Assalamualaikum dan salam sejahtera
(gambar hiasan)
Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara pukul 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini (26 Jun 2010).


Menurut Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di Kuala Lumpur hari ini, gerhana bulan itu akan bermula pada pukul 4.57 petang.

“Tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk. Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.22 malam.”

Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi.

Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Jan lalu.

“ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari jam 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara.”

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/ 5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium .

sumber:  http://laman-annur.blogspot.com/2010/06/gerhana-bulan-pada-hari-sabtu-ini.html

24 Jun 2010

Ada Apa Dengan Buruk Sangka? Mengapa Buruk Sangka?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
setelah beberapa hari tak keluarkan artikel terbaru... hari ini nak buat cerita sikit tentang apa yang ada dengan sangkaan kita... Kita sering kali bersangka buruk hanya pada kali pertama kita bersua dengan sesuatu tanpa memikirkan apa disebaliknya yang kita lihat atau kita dengar... Namun untuk itu kita harus segera sedar dan memikirkan mengapa itu semua terjadi...Untuk itu ingin aye kongsi kan artikel yang aye terima dari seorang sahabat mengenai sangka buruk... semoga dapat dijadikan rujukan dan ikitibar...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sangka Buruk

Persepsi adalah sangkaan atau andaian. Fenomena membuat sangkaan terhadap sesuatu perkara atau keadaan biasa berlaku dalam masyarakat sejak dahulu lagi. Andaian-andaian dibuat kadang-kadang berdasarkan pengalaman dan pengetahuan seseorang yang belum tentu kepastian dan kebenarannya melainkan dengan bukti dan hujah yang kukuh dan sah.
Contohnya teori atau sangkaan dan andaian Charles Darwin tentang asal usul kejadian manusia. Kini andaiannya terhadap teori itu telah banyak disanggah oleh ilmuan hari ini dengan bukti dan hujjah masing-masing. Banyak lagi andaian-andaian dibuat seperti kiamat berlaku pada tahun 2012 dan lain-lain. Mungkin andaian-andaian ini ada kaitan dengan kajian saintifik, perkiraan matematikal dan sebagainya, namun ia tetap andaian yang belum tentu kepastiannya.

Dalam kehidupan bermasyarakat, Islam memberikan garis panduannya agar perjalanan hidup sentiasa harmoni dan sejahtera. Situasi yang terlalu banyak sangkaan dan andaian akan membawa kepada suasana yang huru hara dan tidak rasional. Segalanya mestilah dibuktikan sama ada melalui hujjah rasional, penyelidikan saintifik mahupun hujjah autentik.

Firman Allah SWT. , maksudnya:
Wahai orang yang beriman, jika sekiranya ada seorang fasik membawa suatu berita kepada kamu, maka periksalah dengan teliti (hendaklah kamu menyelidikinya terlebih dahulu), agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu.
(Al-Hujurat : 6)

Firman Allah SWT., bermaksud :
Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa.....
(Al-Hujurat : 12)

Hukum prasangka atau sangka buruk adalah haram dengan maksud sangkaan buruk itu ditujukan kepada seseorang walaupun ia hanya berlaku di dalam hati. Oleh itu jauhilah sangkaan buruk tersebut.

Menurut Imam al-Ghazali, jalan keluar untuk menghindarkan diri daripada perilaku ini ialah menjauhkan diri daripada terlalu mengikut kehendak hati atau tidak merealisasikan sangkaan buruk di hati dengan ucapan mahupun perbuatan. Segeralah beristighfar moga sangkaan di hati itu tidak berlanjutan dengan perkataan dan perbuatan.

Seandainya telah ternyata di hadapan mata sesuatu sangkaan buruk dengan hujjah dan bukti, maka sebaik-baiknya hendaklah segera menasihatkannya secara berhikmah dan jagalah diri agar tidak tertipu dengan hasutan syaitan sehingga menjadikannya sebagai bahan umpatan terhadap orang berkenaan atau mencanangkan keburukan tersebut kepada orang lain.

Biasanya sangkaan buruk ini akan membawa kepada satu lagi perilaku keji yang juga dilarang oleh Islam iaitu mengintip atau mencari kesalahan serta keburukan yang disangkakan tadi, agar ia menjadi benar-benar terjadi. Ternyata bahawa sifat menyangka buruk atau prasangka akan membawa kepada sifat buruk lain seperti mengumpat dan mengintip (sengaja mencari kesalahan orang lain).

Sama-samalah kita berdoa moga kita semua terhindar daripada sifat buruk tersebut dan hidup diberkati Allah SWT.

Wallahu a’lam

Disediakan oleh : Abd. Nasir Hj. Musa, CITU UiTM Perak.
~~~~~~~~~~~

21 Jun 2010

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hmm.... diam tak diam dah tiba Hari Bapa pulak
Hari Ibu baru lepas... baru 5 tahun merasa jadi Ibu
Dan untuk bapa pulak... sama lah baru 5 tahun juga...

Selamat hari bapa buat suamiku yang tersayang...
tak lupa juga buat bapa mertua ku... dan semua bapa di seluruh Malaysia hatta (bukan Hatta Dolmat ye.... sori) seluruh Dunia sekalipun

Semoga menjadi bapa yang terbaik buat anak-anak kalian... semoga tabah dalam mengharungi kehidupan...

Sebut kisah bapa... teringat satu kisah di TV7 petang semalam... ada sesapa yang tonton.... agak sedih juga... boleh jadi iktibar buat kehidupan kita kan...

Sekian..

17 Jun 2010

Kuatkan semangat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
"Kuatkan semangat sempurnakan akhlak, perbaiki kelemahan diri..."

Digagahi juga buat entri untuk hari ini
Ikutkan hati nak biarkan saja
tapi segan pulak...
dah hampir bersawang
walapun dok buat macam2

Sekian.

15 Jun 2010

Aduyai.... Mengapa Sukar Difahami?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
lari sekejap .... dari kemalasan hehehe... sebab hari ni dapat mood baru dan tukar cat baru... walaupun seketika tadi... seperti dihentam secara tidak sengaja... cuma perasaan jer kot...

Ada pepatah selalu kita dengan dan mungkin juga sekarang ni orang dah tak kisah sangat... "Orang memberi kita merasa, Orang berbudi kita berbahasa"... terbalik yek... lebih kurang macam tu lah bunyi nye... tak sempat nak tengok kamus...

Perasaan orang kita memang tak boleh baca
kalau boleh baca kira hebatlah tu...
Hari ini orang bagi sesuatu kepada kita... kita ucapkan terima kasih...tetapi haruskah atau wajib kerrrr.... kita balas balik pemberian orang tu dengan pemberian jugak????

Memang tak paham la...
Ntah!... rasa macam nak bercerita tapi tak sampai hati plak...
apa2 pun Aye nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa lepak2 kat blog nih... sebulan dua nih... atau mungkin lebih... perjalanan cerita kat blog nih mungkin lembap skit... sebab memang dalam situasi kurang mood untuk berbloging.... nak mengarang ke, nak mengerah idea ker... bak orang sekarang kata .... takder perasaan la...

Sekian.

08 Jun 2010

I Love U Contest

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni... nak buat entri untuk join contest plak... contest anjuran Little Kids Photography dan Little Mama’s LOVE Baby Boutique

Hadiahnya...... walla! memang hebat...

antaranya:
1.  Hadiah Utama lebih RM300 ...
2.  Hadiah Pertama lebih RM200...
3.  Hadiah Kedua lebih RM100...
4.  Hadiah ketiga dan keempat juga ada...
5.  Dan... tak lupa hadiah consolation untuk 5 orang....hohoho
6.  Ada lagi..... Mystery Gift for Early Birds for the first 10 people....

There are 5 MUST-DO things to qualify for entry.
1.  Put contest banner in your entry with link back to this contest page - Done
2.  Put link in your entry to Little Kids Photography and Little Mama’s LOVE - Done
3. Answer these two simple questions

1.  Name one of the photography package by Little Kids Photography
  • HAPPY MOMENTS – RM297 each
  • There are 5 exclusive kids photography packages under HAPPY MOMENTS which is priced at RM297 for each photo session.
  • New Arrival:  Capture and treasure your newborn first few magical days in the hospital. Once in a lifetime. Capture now or never. Little Mama Studio will come to your hospital. Make full use of of hospital props. Free pre-session consultancy.
  • Aqiqah:  Capture and treasure your little one’s Aqiqah at your choiced location. Once in a lifetime. Capture now or never. Little Mama Studio will come to your home. Free pre-session consultancy.
  • Birthday:  Capture and treasure your little one’s first birthday (or second above) at you choiced location. Once in a lifetime. Capture now or never. Little Mama Studio will come to your place. Free pre-session consultancy.
  • Family:  Capture and treasure your little angel’s loving moments with the family. Outdoor in a park or Little Mama Studio come to your home. Maximum 5 person. RM37 for additional person. Free pre-session consultancy, photography props and light snacks.
  • Friendship:  Capture and treasure the magic moments of your young angel with his/her friends. Outdoor or Little Mama Studio come to your home. Maximum 5 person. RM37 for additional person. Free pre-session consultancy, photography props and light snacks
2.  Name one of the item on sale at Little Mama’s LOVE Baby Boutique
  • Oshkosh B'Gosh Red Burberry Dress
  • Oshkosh B'Gosh ReD Burberry Dress is a very sweet dress for the young ones. Pretty colared dress with front buttons… RM46.00 RM38.00
Product Information

  • Pretty colared dress with front buttons. Made of 100% cotton.
  • Adorn with a cute petal ribbon making it a must have for your little girl
AVAILABLE SIZES
*  Size 95 (1 year)
*  Size 100 (2 year)
*  Size 110 (3 year)
*  Size 120 (4 year)
*  Size 130 (5 year)
*  Size 140 (6 year)

4. “What’s interesting about Little Kids Photography and Little Mama’s LOVE?”  (I will write in Malay, coz my english so... weak...)

1.  Pada pandangan saya Little Kid Photography sungguh menarik kerana ia memberi peluang kepada kita untuk merakam detik-detik yang tak disangka-sangka pada setiap pergerakan anak kecil... terutamanya ketika baru dilahirkan... sesungguhnya memanglah ia memori yang indah namun tidak dapat digambarkan keindahannya apabila memori itu diabadikan oleh pakar dalam bidang fotografi untuk tatapan masa depan... pasti ia mendatangkan sejuta ingatan dan kenangan yang indah... saya juga mengharapkan dapat mengabadikan kenangan itu dengan Little Kid Photography andainya berkesempatan.

2.  Berkenaan dengan Little Mama’s LOVE pula, ia merupakan sebuah butik kanak-kanak yang menarik dan hebat.  Apa lagi yang nak digambarkan dengan limpahan butik online, little mama's Love mempunyai keistimewaan dan kelainan yang tersendiri di dalam kelasnya.  Saya pasti akan mendapatkan satu atau lebih barangan yang terdapat dalam 'butik' tersebut...

5. Leave a link to your entry at the comment box at Little Mama’s Diary.com - Done

Must Put Links
1.  http://littlemamadiary.com/i-love-u-contest-by-little-kids-photography-little-mamas-love-baby-boutique



Panduan tambahan untuk mendapatkan markah extra ....  serta syarat penyertaan sila rujuk di sini 

Optional yang telah dan akan dilaksanakan:
1. Follow Little Mama’s LOVE Baby Boutique with Google Friends Connect - Done
2. Create an account/register with Little Mama’s LOVE - coming soon Done
3. Join Little Mama’s LOVE Mailing List - Done
4. Follow Little Kids Photography with Google Friends Connect - Done
5. Like Little Kids Photography on Facebook - coming soon
6. Follow Malaysia Online Shopping Guide with Google Friends Connect - Done
7. Like Malaysia Online Shopping Guide on Facebook - coming soon
8. Follow Little Mama’s Diary with Google Friends Connect - Done
9. Follow Mom Bloggers Planet with Google Friends Connect - Done already

Contest starts from now until 15th July 2010

Sekian... semoga berjaya...

07 Jun 2010

Maaf.... kemalasan telah melanda, apa ubatnya?













Assalamualaikum dan salam sejahtera,
terlebih dahulu mohon maaf kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dengan blog ini.... ewahhh.... blog aye tak lah glamer mane.... tapi ada juga pelawat yang datang tinggalkan pesan... 2 3 kali tinggal pesan tak berjawab... merajuk agaknya... diam jer... hmmm... gambar di atas itulah gambaran aye sekarang..... huhuhu....

sekarang ni....aye rasa seperti nak makan coklat jer... kalu dapat makan strawberi coklat kat sedap.... hari ahad lepas adik aye baru balik dari cameron highland.... dapat makan strawberi...coklat tak der... btw thanks jugak.


Adakah kemalasan yang melanda ini kerana.... sesuatu yang berkaitan dengan gambar nih... hehehehe...suka-suka jer...
First of all and last but not least nak ucapkan terima kasih kepada zie fauzi dan adda kerana kiriman hadiah dari kalian telah selamat diterima.... gambar-gambar hadiah belum sempat di muat turun lagi.... maaf kerana lewat... bukan tak der masa tapi... almaklumlah dalam keadaan macam ni... terima kasih sekali lagi...

sekian...