Pageviews

25 Februari 2010

entri ke 150 - kisah permainan

masih dalam mood ketandusan idea, justeru permainan anak-anak jadi mangsa...
apa nak buat?  nak tau ?  tu lah untuk di lihat bila dia dah besar nanti...
punya la banyak koleksinya....

tuan punya koleksi... bersama sebahagian koleksi yang tak muat nak isi dalam gambar nih...


sebahagian lagi koleksi permainan pilihan sendiri.... tak makan pujuk punya.... robek poket ayah dan ummi....

apa-apa pun demi kebahagian anak-anak, semoga sebahagian pengorbanan yang kecil ini tidak dipersiakan....

tukar angin... jalan-jalan... belum lagi ubah fikiran

hari ini.... tak der citer yang istimewa cuma saja-saja nak citer ... petang ni tukar template blog ni, tapi lupa plak nak simpan gambar template yang tadi tuh... huhuuu..
pas ni nak sambung balik semua kerje yang dah tertangguh tu.



24 Februari 2010

Ada apa di waktu pagi dan malam sebelum tidur....

Salam Sejahtera.  Artikel ini berkaitan perkara yang perlu dilakukan pada setiap pagi atau paling tidak pada setiap hari dan setiap kali sebelum tidur
"PERNAH SUATU KETIKA MUJAHID KATA, ABDULLAH B UMAR MENASIHATI AKAN DAKU. KATANYA "YA MUJAHID -APABILA ENGKAU BERADA DI PAGI2 INI JANGAN LAH ENGKAU RASA PETANG ENGKAU ADA LAGI. JANGAN LAH ENGKAU MERASAKAN YANG ENGKAU AKAN ADA PADA ITU NANTI DAN KALAU ENGKAU ADA DI WAKTU PETANG JANGAN ENGKAU MERASAKAN ENGKAU AKAN ADA PADA WAKTU SUBUH BESOK. AMBILAH MASA WAKTU ENGKAU HIDUP INI SEBELUM SAKIT MENDATANGI KAU"


ENGKAU TAK TAHU BESOK - NAMA ENGKAU ENTAH APA AKAN JADI. HARI INI NAMA KITA "ALI" BESOK DISEBUT "JENAZAH ALI"

PENUHKANLAH WAKTU YG ADA DENGAN IBADAT JANGAN SAMPAI TERGADAI WAKTU IBADAT KERANA DUNIA.

4 Perkara yang perlu diniatkan pada pagi hari:
1. Menunaikan kewajipan kita kepada Allah
2. Meninggalkan segala larangan
3. Menyelesaikan masalah sesama manusia
4. Memperbaiki hubungan dengan musuh

4 perkara yang perlu diselesaikan sebelum tidur:
1. Menyelesaikan permusuhan
2. menyelesaikan masalah fardhu e.g. melaksanakan solat isya sebelum tidur
3. Bertaubat sebelum tidur i.e. sekurang-kurangnya beristighfar sebanyak 3 kali & membaca Saiyidul Istighfar
4. Menulis wasiat

3 golongan di pagi hari:
1. Mencari harta
2. Mencari dosa
3. Mencari jalan

Ada 2 rasa ketika di dunia:
1. Aman
2. Takut

2 kelebihan bila ada rasa tersebut:
1. Qana'ah
  • Menurut Prof Hamka dalam Tasawuf Moden, qana’ah ialah menerima cukup. Qana’ah didefinisikan sebagai sikap merasa cukup, ridha atau puas atas kurnia dan rezeki yang diberikan oleh Allah. Qanaah itu mengandungi lima perkara, iaitu
i.   Menerima dengan rela akan apa yang ada
ii.  Memohonkan kepada Tuhan tambahan yang patut dan berusaha
iii.  Menerima dengan sabar akan ketentuan Tuhan
iv.  Bertawakal kepada Tuhan
v.  Tidak Tertarik oleh tipu daya dunia.

Itulah yang dinamakan qana’ah, dan itulah kekayaan yang sebenar. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ‘Bukanlah kekayaan itu lantaran banyak harta, kekayaan ialah kekayaan jiwa.’

2. Manisnya beribadah
~~~~~
.....sekian.....

23 Februari 2010

Pendirian berbeza tidak bermakna tidak boleh berkerjasama

salam sejahtera pembuka bicara
entahlah... di mana silapnya
di mana-mana saja ada silap
walau beribu kali cuba mengelak
namun kesilapan itu seakan mengejarku ... tak mampu lagi berlari.... berat rasanya langkah kaki...walau dimana berada... walau dalam apa situasi sekali pun

pendirian kita memang berbeza
itu yang menjadikan kita ini unik
namun sudikah kau memahami pendirianku
sebagaimana aku cuba mengerti disebalik tiap tutur katamu

biar... pendirian itu menjadi satu garisan yang tak berpenghujung
namun ... kita masih mampu meneruskan perjalanan 
dalam satu barisan... biarpun tak mungkin bertemu
dan tak mungkin bersatu kerana pemikiran kita memang berbeza

Ingat juga .... di sini tiada warung yang ada hanya 'blogshop'
yang diikuti... sekadar memenuhi ruang kosong
~~~~~~~~~~~~
memang membosankan bila ada orang semacam tak mengerti pendirian kita ...

Sempena Bulan Kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Baginda Rasulullah s.a.w.  Semoga dengan berkat selawat ke atas Rasulullah s.a.w membawa berkat ke atas kehidupan seluruh umat Islam.
~~~~~

~~~~~~~~~~~~~

19 Februari 2010

Ada apa dengan pengalaman ... na o mei, nigina atau siapa saja


(gambar hiasan:  asyik isi borang)

"Jangan disesali dengan pengalaman pahit di dalam kehidupan kerana ia adalah satu ilmu, wadah dan panduan di dalam perjalanan untuk mendapat keredhaan Tuhan"

Biasa dengar atau pernah baca ayat di atas?
pengalaman pahit - peristiwa lalu - satu ilmu - mengapa?

Ilmu untuk kehidupan untuk menghadapi masa depan - panduan hidup
di dalam pengalaman itu ada pengajaran dan ingatan - catatan sejarah hidup
pengajaran untuk ingatan dan sempanan agar perkara yang sama tidak berulang - andainya pengalaman itu pahit - tak ingin berulang
Panduan untuk menghadapi cabaran hidup masa depan
andai pengalaman manis? - jadikan ia sebagai pedoman dan teladan dalam meneruskan kehidupan di dunia

"Satu ilmu yang dimiliki hanyalah seumpama setitik air di lautan"
~~~~~~~~~

17 Februari 2010

hari yang penuh misteri...

(gambar hiasan:  virus h1n1)
salam sejahtera pembuka bicara
dah 2,3 hari tak update stori kat blog ni...
dalam masa tu... macam-macam cerita berlegar dalam otak ni...
bila tiba masa dah ... blur kejap...

Ye lah... 2, 3 hari ni... seisi rumah tak berapa sihat...
mula dari umi, ayah, alif dan dina... nasib lagi bibik nye kuat... hehehe
tapi yang penting bukan terkena virus h1n1... tak kiralah gelombang pertama ke gelombang ke dua...yang penting setiap penyakit @ musibah yang melanda ada hikmahnya...
hmmm... kalo nak citer tentang hadis
aye bukanlah pakar hadis...
cuma untuk ingatan... setiap penyakit ada ubatnya dan kita perlu berikhtiar...
selain dari ubat... doa juga penting dan memang penting
Doa untuk dikongsi; setiap kali atau pada setiap masa bila ditimpa penyakit
"Ya Allah sembuhkan penyakit ahli keluarga ku, sesungguhnya tiada yang menyembuhkan melainkan Engkau.  Amin"

Episod seterusnya:
Hari ini macam-macam hal ...
seolahnya ada yang ... bukan tak kena tapi macam ada yang nak 'mengena'
kerana... pada biasanya kita bukan tempat bertanya...
tapi kena buka kaunter pertanyaan plak... siap dengan borang soal selidik...
~~~~~~~~~~

13 Februari 2010

budak sekolah raja shahriman kantoi.... & ... toy shop ???

apa yang dicari? macam-macam ... siapa nak jawab... ada tak budak Sekolah Raja Shahriman yang baca entri nih.... sila jawab.... Aye tau la...aye nih ex student SMRS tapi... benda-benda tu tak der kat sini... maaf ye adik-adik
akak pening ....dah tu cari punya cari... last-last jumpa kat sini ek
~~~~~~~~~~

12 Februari 2010

Perkongsian ilmu dan pengetahuan


Salam sejahtara buat seisi alam semoga berbahgia dan dalam rahmat Ilahi. 

Ingin saya kongsi bersama dengan semua orang yang membaca dan terbaca entri ini juga sebagai ingatan untuk diri sendiri ... Semoga mendapat manfaat darinya... bacalah tak rugi

Pesanan terbaik dari seorang rakan.....

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan.. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. (http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/001.qmt.html)

Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta Allah tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas. (http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/112.qmt.html)

Surah ini, katanya surah tauhid..

Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun. (http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/109.qmt.html)

Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi.

Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' .

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya, kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati.  Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman,

Ketiga, kuat fizikal.  Kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Take a break…….meditate…3 minutes & calm your mind…

Surah Al-Ikhlas.

1. Katakanlah (wahai Muhammad); ' (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. 'Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. 'Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya'.

Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insya'Allah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pemberian sahabat dari Melaka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemberian sahabat dari Melaka


Sudah lama tidak berjumpa dia semenjak dia bertukar tempat kerja ke UiTM Melaka kerana mengikut isterinya.

Dan kini, walaupun dia hadir ke sini tetap juga tidak sempat bertemu dengannya.

Hanya hadiah ini sebagai pengganti diri mewakili tuannya. Antaranya adalah hasil kerja tangan isterinya iaitu kek coklat dan ada juga trade mark negeri Melaka, apa lagi kalau bukan cencalok.

Antara pemberian istimewa 


Kek Coklat yang comel



Jajan

Cencalok



Terima kasih tidak terhingga di atas ingatan.

11 Februari 2010

Ada Apa Dengan Kuku dan Cincin

Salam Sejahtera buat semua yang membaca dan terbaca entri kali ini... Terlebih dahulu sukacita dimaklumkan bahawa entri ini tiada kaitan dengan gambar di atas... jika ada ia hanya satu kebetulan yang sama sekali tidak disengajakan...

Seperti semua sedia maklum dan seperti aye juga... suka pakai cincin... ada cerita di sebalik cincin itu... suka?

Aye sebenarnya nak kongsi satu cerita mengenai kuku dan cincin... seperti Dua dalam 1 (2 + !).  Ceritanya begini... dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.
 
Yang Sebenarnya...The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. ....
 
Percayalah....

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang. Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek... Insya-Allah.
 
Maklumat Tambahan .... Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli.  Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk

...tengok.... kat mana cincin anda...

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
~~~~~~~~~~~~~
Catatan Aye:  Walau apa pun pandangan anda mengenai cerita di atas.... mungkin ada yang benar dan tidak... Untuk itu ... aye akan cuba dapatkan maklumat yang sahih mengenai isu-isu di atas...

**HIDUP BERANI UNTUK GAGAL**

10 Februari 2010

Fenomena Keruntuhan Iman

Salam Sejahtera,  berikut adalah artikel untuk dikongsikan bersama semoga mendapat manfaat darinya.







(gambar hiasan)
 ~~~~~~~~~~
Iman yang ada di dalam hati kita itu, akan terus diperbaharui apabila kita berhasrat untuk melakukan reformasi perubahan dalam diri iaitu ingin menjadi hamba Allah yang terbaik dalam pelbagai aspek kehidupan, ia boleh dilakukan dengan perubahan sikap, seterusnya akan sampai kepada satu tahap kemuncaknya iaitu peningkatan, meningkat iman, kefahaman, cara berfikir, bertindak yang akhirnya melonjaknya diri kita sebagai umat yang mampu menyuruh manusia seluruhnya kepada yang makruf dan mencegah mereka daripada melakukan mungkar seperti membunuh, memfitnah, memberi dan menerima rasuah dan lain-lain.
Fenomena keruntuhan iman :
1- Kekal dalam melakukan maksiat kepada Allah, walaupun ia dianggap kecil.
2- Tidak memelihara diri dari melakukan ketaatan kepada Allah.
3- Hati tidak terkesan atau berbekas dengan ayat-ayat al-Quran.
4- Tidak merasakan hati menjadi keras apabila terjebak dalam perkara yang menentang Allah.
5- Lalai dari berzikir atau mengingati Allah kerana tenggelam dalam hiburan yang mengasyikkan.
6- Tidak memberikan tumpuan sepenuhnya dalam melakukan amal-amal ibadat.
7- Tidak bersikap lapang dada.
8- Bersikap kedekut atau bakhil.
9- Tidak suka bersahabat dengan mereka yang boleh membimbing ke jalan kebenaran.
10- Tiada perasaan marah dalam hati apabila melihat perkara keji dan mungkar berlaku di hadapan mata tanpa diubah kepada kebaikan.
11- Suka, cenderung dan gila kepada kemasyhuran, jawatan dan pengaruh walaupun tidak berkelayakan.
12- Suka duduk bersembang dengan membuang masa pada perkara yang tidak sedikitpun menguntungkan agama, negara, keluarga dan masyarakat.
13- Bercakap pada perkara yang tidak boleh dilakukannya, kerana ada sifat berpura-pura dalam diri.
14- Tidak mengambil berat/tahu mengenai urusan orang Islam dengan tidak merasa duka cita apabila mereka ditimpa sesuatu musibah dan tidak merasa gembira apabila mereka mendapat kebaikan.
15- Terlibat dalam perkara syubhat (samar mengenai halal dan haramnya) dan perkara yang membawa kepada dosa.
16- Tidak mempedulikan perkara yang baik-baik (yang diberi pahala) walaupun ia kecil pada pandangan manusia.
17- Tidak menjaga keutuhan perpaduan sesama muslim, sedangkan ia adalah tuntutan agama.
18- Tidak ada perasaan tanggungjawab dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu urusan pekerjaan yang boleh menguntungkan agama.
19- Rasa takut, terkejut dan menggelabah apabila berlaku sesuatu bencana.
20- Banyak terlibat dalam pertikaian dan suka berbantah-bantahan pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk semua.
21- Hati terpaut pada dunia dan segala yang melalaikan.

Tetapi, apakah yang sebenarnya berlaku hingga umat Islam tidak menyedari terlibat secara langsung atau tidak langsung, apakah faktor yang menjadikan mereka tidak peka pada persoalan yang dikemukakan di atas.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada keruntuhan iman
1- Jauh dari ikatan iman yang berpanjangan.
2- Jauh dari ikutan contoh teladan yang baik-baik.
3- Tidak ikut serta dan berada dalam kelas-kelas pengajian agama, kelas al-Quran, hadis, sirah, program motivasi dan lain-lain yang boleh mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kepada Allah.
4- Berlaku maksiat di tengah-tengah masyarakat yang tidak diubah dengan perkara makruf.
5- Sibuk dengan urusan keluarga dengan mencari keredaan isteri, anak-anak dan harta-benda hingga tidak sanggup berkorban untuk agama.
6- Panjang cita-cita terhadap perkara dunia dan lupa jalan ke akhirat.
7- Boros dalam perkara makan-minum, tidur yang berlebihan, berjaga malam bukan untuk beribadat, bersembang pada perkara yang sia-sia dan bergaulk secara bebas antara lelaki dan perempuan.

Penyelesaian kepada keruntuhan iman
1- Meneliti dengan mendalam dan terperinci isi-isi kandungan al-Quran secara serius.
2- Merasakan keagungan Allah selaku Pencipta dalam menghayati dan mengenali nama-nama dan sifat-sifat,Nya.
3- Menuntut ilmu Syariat, Usuluddin secara bersungguh-sungguh.
4- Banyak melakukan perkara yang baik-baik dan mengisi waktu untuk tujuan itu, walaupun ia dianggap kecil menurut pandangan manusia.
5- Berterusan dalam melakukan amal-amal yang baik, walaupun ia sedikit.
6- Menyesali diri kerana kurang melakukan perkara baik dan bercita-cita untuk melakukannya pada masa akan datang.
7- Sentiasa mengharapkan rahmat Allah, optimis bahawa setiap amalan yang telah dilakukannya diterima di sisi-Nya dan takut ia ditolak dan dianggap sebagai amal yang sia-sia.
8- Mempelbagai dan memperbanyakkan amalan selain solat, puasa, haji dan lain-lain yang boleh menambahkan iman dan takwa kepada Allah SWT.
9- Berwaspada dengan amalan songsang yang tidak memungkinkan mati dalam Islam.
10- Memperbanyakkan penelitian terhadap ayat-ayat al-Quran yang bersangkutan dengan ciptaan-ciptaan Allah seperti langit, bumi, manusia, malam, siang dan lain-lain.
11-Bermunajat kepada Allah dengan segala rendah diri, mengurangkan cita-cita, tidak terpedaya dengan janji dan habuan dunia yang melalaikan, mengagungkan kebesaran Allah pada setiap bahan ciptaan-Nya.


Tingkatan pembahagian iman
*Iman yang tetap ialah iman para malaikat kerana mereka tiada disertakan dengan nafsu.
*Iman yang turun naik ialah iman manusia biasa yang mudah terdorong oleh hawa nafsu.
*Iman yang sentiasa naik ialah iman para nabi iaitu manusia pilihan yang di tarbiah oleh Allah secara langsung.

Iman kita juga boleh diperbaharui dari masa ke semasa. Jika iman menjadi "baru" nescaya kita akan menjaganya sebaik mungkin dan meletakkannya di tempat yang paling istimewa.

Umat Islam hari ini ada potensi untuk menjadi umat yang kuat imannya kepada Allah

Al-Marhum Syeikh Sa’id Hawwa dalam kitabnya “Al-Asas Fi al-Tafsir” juzuk 2 ketika menafsirkan surah ~Ali ‘Imran, ada menukilkan riwayat mafhumnya, bahawa Rasulullah s.a.w menerusi satu hadisnya pernah bertanya kepada para sahabat dalam satu majlis ilmu : Siapakah agak-agaknya di antara makhluk Allah yang paling kamu kagum iman mereka kepada Allah?

Para sahabat menjawab : Para Malaikat, tidak kata Rasulullah, kerana mereka adalah golongan yang sentiasa bersedia untuk melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya, kalau begitu wahai Rasulullah, mereka itu ialah para Anbiya’ (nabi-nabi), tidak juga, kerana para Anbiya’ dianugerahkan Allah kitab-kitab atau suhuf-suhuf (lembaran-lembaran agama) dan mereka juga adalah golongan yang maksum (terpelihara dari membuat dosa), jadi kalu begitu kamilah wahai Rasulullah, tidak juga, kerana kamu boleh jadi orang-orang yang beriman kerana aku berada bersama dengan kamu, yang sebenarnya kata baginda, makhluk yang aku maksudkan itu ialah mereka yang akan datang (lahir) selepas kamu (mereka yang hidup tanpa melihat baginda Rasulullah kerana kewafatannya), kerana mereka boleh berpegang dengan al-Quran dan jadi orang-orang yang beriman walaupun aku tiada di sisi mereka.

Dalam satu riwayat hadis yang lain pula, baginda ada menegaskan, bahawa; Beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku, (baginda mengungkapkan ucapan itu hingga diulang sebanyak tujuh kali).

~~~~~~~~~
Kredit to:  Ustaz Md Azmi Mohd Sukaimi, UiTM Perak
Terima kasih kepada:  Kak Safiah saleh, UiTM Perak
~~~~~~~~~

05 Februari 2010

Ada Apa dengan Solat dan Sabar



SOLAT DAN SABAR
 
Firman Allah S.W.T. bermaksud;

“Jadikanlah salat dan sabar sebagai penolongmu dan sebenarnya demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk, iaitu orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui  Tuhannya dan bahawa mereka akan dikembalikan kepadaNya”
( Al-Baqarah, 2:25 - 26)

Menuruti jalan iman bukanlah sesuatu yang mudah kerana di sana terdapat pelbagai ranjau, onak dan duri yang akan dihadapi. Menyatakan diri sebagai Muslim bermakna seseorang itu sudah bersedia untuk tunduk patuh dengan rela dan redha terhadap apa sahaja ketentuan Allah S.W.T. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang dijangkakan. Maulana Muhammad Ali Jauhar menyatakan bahawa : “ Menjadi Muslim bererti rela mati syahid di jalan cinta ( cinta kepada Allah dan Rasul). Kebanyakan orang mengira bahawa menjadi seorang Muslim itu mudah”. Muhamamad Iqbal juga memperkatakan perkara yang serupa melalui ucapannya : “Aku gementar apabila ku katakan diriku seorang Muslim, kerana aku tahu kesukaran yang harus dihadapi oleh seorang yang mengucapkan : “Tiada Tuhan selain Allah.... ”.


Setiap Muslim walau apa status kedudukannya harus mengingati hakikat dirinya adalah insan yang lemah. Oleh itu dalam setiap langkahnya di dunia yang fana ini ia seharusnya meminta bantuan pertolongan melalui solat dan sabar. Amalan ini sering kali dilupai, lantaran itu kedapatan insan cuba mengatasi masalahnya melalui dadah, arak atau setidak-tidaknya merokok melebihi kebiasaan, atau membebel tanpa hujung pangkal.


Al-Quran menyediakan langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila seseorang itu menghadapi masalah iaitu dengan bersolat dan bersabar. Kedua perkara ini meskipun mudah diucap tetapi amat berat dilakukan. Persoalannya, berapa ramai di kalangan Muslim yang apabila menghadapi masalah, ia lantas berwudu’ dan bersolat dua rakaat memohon pertolongan Allah S.W.T. Begitu juga apabila seorang itu diuji Allah S.W.T., mampukah ia bersabar. Apa yang sering berlaku ialah kesabaran hanya mampu diungkap melalui ucapan , tidak melalui tindakan. Ini bertepatan dengan maksud ayat di atas bahawa solat dan sabar hanya dapat dilakukan dan dihayati oleh mereka yang khusyuk.


Apakah mekanisme yang perlu ada pada seseorang insan agar ia dapat membiasakan diri bersolat dan bersabar ketika mengadapi masalah. Dalam merungkai persoalan ini, al-Ustaz Maulana Kausar Niazi memberikan dua hujah yang perlu diingati :


1. Apabila seseorang itu bersolat dan bersabar, maka pekerjaan itu tidak sia-sia kerana ia akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T. Ini bermakna tidak rugi jika seseorang yang bermasalah itu bersolat dan bersabar.


2. Apabila bersolat dan bersabar tidak dijadikan kebiasaan ketika menghadapi ujian, maka harus ingat bahawa setiap manusia pasti akan mati dan orang yang tidak bersolat dan bersabar itu akan dimurkai Allah S.W.T.


Apa yang seharusnya diingati bagi memujuk diri ialah setiap insan diuji Allah S.W.T. dalam bentuk yang berbeza. Perlu diketahui bahawa ujian itu bukan hanya dalam bentuk negatif seperti kemiskinan, kesakitan, kematian dan sebagainya, malahan kekayaan dan kejayaan yang mencurah-curah serta fizikal yang sentiasa sihat juga merupakan ujian. Bentuk ujian adalah hak mutlak Allah S.W.T. yang tidak boleh dipertikaikan. Apa yang perlu digarapi oleh insan ialah bersedia dengan pelbagai mekanisme yang ditetapkan oleh al-Quran agar ia tergolong dalam kalangan mereka yang beramal baik.


Firman Allah S.W.T. bermaksud :


“ Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji
dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya “
( Al-Mulk ,67 :2)


Wallahu a’lam


Kredit to:

Ustazah Hjh. Kalsom Awang 
& Ustaz Abd. Nasir Hj. Musa, UiTM Perak

Terima kasih kepada Kak Safiah Saleh, Unit KK&PA, UiTM Perak.
 ~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~

04 Februari 2010

The Most... 10 words...


The most selfish one letter word..."I“ ...
Avoid it.

The most satisfying two-letter word... "WE“...
Use it.

The most poisonous three-letter word... "EGO" ...
Kill it.

The most used four-letter word... "LOVE“...
Value it.

The most pleasing five-letter word... "SMILE“...
Keep it.

The fastest spreading six-letter word... "RUMOUR“...
Ignore it.

The hard working seven-letter... "SUCCESS“...
Achieve it.

The most enviable eight-letter word...JEALOUSY“...
Distance it.

The most powerful nine-letter word.... “KNOWLEDGE“...
Acquire it.

The most Divine ten-letter word... “FRIENDSHIP“...
Maintain it.

After a while.... which words that 'we' use almost?
 
~~~~~
HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
~~~~~

02 Februari 2010

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ...ada apa dengan entri pilihan anda ?

Contest Hidup Berani Untuk Gagal adalah anjuran denaihati denaihati.  Contest telah berlangsung dari bulan Disember 2009 hingga Januari 2010 boleh kira macam penutup tahun 2009 dan pembuka tahun 2010.  Aye telah menyertai contest ini  dan tanpa diduga (walaupun ada sedikit mengharap) penyertaan entri aye bagi contest tersebut telah tersenarai dalam 28 entri terbaik. 

Penganjur (denaihati) berhasrat untuk memilih 5 entri yang terbaik dan setiap entri yang menang bakal menerima RM50.00. 
Jadinye, di sini aye nak kempen la sikit... cam pilihanraya plak... :-).  So sesiapa yang nak mengundi (Undilah aye!!!), caranya klik di sini dan tinggalkan pesanan di ruang komen dan bahawa anda mengundi no. 3 (aye lah tu) serta 4 nombor lain lagi yang dirasakan yang disukai.  Itu saja tak susah.


untuk itu... selamat mengundi...terima kasih kepada yang telah mengundi aye...
~~~~~~~~~
p/s:  nak bagi tau ke? next entri aye preview blog yang telah mengundi aye... okey
~~~~~~~~~~

kenyataan yang ringkas tetapi penuh makna

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seisi alam.
Semoga hari ini dari hari-hari seterusnya dipenuhi dengan aktiviti dan suasana yang indah dan ceria. 

Walau apapun yang terjadi... suka atau duka... kehidupan mesti diteruskan.  Dalam kehidupan di dunia mahupun untuk di alam akhirat, pastinya kita mengharapkan yang terbaik.  Mudah-mudahan apa yang diimpikan menjadi kenyataan.... Namun ingat... bukan senang nak senang dan tidak susah untuk susah... hm...

Untuk itu, apa juga pengharapan kita biarlah kepada Allah... kerana hanya Dia yang Maha Berkuasa atas sesuatu... tidak akan jadi sesuatu perkara tanpa keizinanNya.

Untuk itu juga, pesanan ini adalah ingatan ini untuk diri sendiri dan kepada sesiapa juga yang mahu mengingati....
1.  Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
2.  Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
3.  Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
4.  Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH.

~~~~~~~~~~~~