Pageviews

14 Januari 2010

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dan Impak KIK 2010



Antara percaya dengan tidak... macam tak percaya pun ada... akhirnya apa yang AYE takutkan jadi juga... apa lagi inilah IMPAK 2010 dan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.
Pada 11/1/2010, AYE dan 10 orang lagi tersenarai dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Pusat Latihan UiTM.  Maka pada 13/1/2010, kamipun bergeraklah ke JPbSM UiTM Shah Alam bagi menghadiri Bengkel Pengurusan Projek KIK, yang pertama bagi kumpulan IMPAK.  Seharian kami di sama dengan pelbagai perbincangan dan biasalah kalau dalam brainstorming tak bertekak tak sah... namun itu semua adalah untuk kebaikan dan 'no heart feeling' ...

Bercerita tentang GAGAL, Aye sebenarnya telahpun menyertai kumpulan KIK (dahulunya KMK) di UiTM Perak (Bahagian Perpustakaan di Seri Manjung) dan nama kumpulan tu BESTARI.
Pada kali pertama penyertaan kumpulan kami gagal untuk melayakkan diri ke peringkat akhir cuma bertanding di peringkat Zon Utara di UiTM Perlis.  Namun kegagalan itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus berusaha dan setelah Aye keluar (pindah) ke Pusat Latihan UiTM khabarnya BESTARI telah beberapa kali memenangi anugerah.

Dan kini....untuk meneruskan hidup IMPAK usaha dan semangat akan digembelingkan bersama ahli kumpulan.
~~~~~~~~~~~~~~~~

2 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.