Pageviews

02 Disember 2009

Antara "Salah Siapa, Ummi Kenapa Begini, Antara Aku Dia dan ... & Ada lagi"

Tada.... aye muncul kembali.  Kali dengan tajuk yang agak panjang jugak iaitu gabungan tajuk-tajuk yang dijanjikan bagi melangsaikan janji .... jadi tajuknya jadi begini ; Antara "Salah Siapa, Ummi Kenapa Begini, Antara Aku Dia dan ... Ada lagi"

1.  Salah Siapa
Bukan nak cari salah atau nak menyalahkan sesiapa tapi tajuk ni... macam tajuk drama la pulak.  Aye nak citer cam ni... bukan lah salah sesapa andainya apa yang kita inginkan atau hajatkan tak kesampaian tetapi ... bukan juga salah diri sendiri ... atau ... dan ...  jangan sesekali menyalahkan pada takdir.... kerana apa yang kita inginkan itu pasti akan kita dapat bila tiba masanya... cuma kita tak sabar... betul tak?  Prasa ni aye andaikan sebagai motivasi dan ingatan untuk diri sendiri.

2.  Ummi, kenapa begini (Ungkapan yang sering dilontarkan oleh anak-anak aye)
Macam mana nak jawab?  Pikir-pikir punya pikir jawabnya ...hmm jenuh juga cari jawapan... bak kata pepatah; menarik rambut dalam tepung, tepung tak berselerak rambut jangan sampai putus... apa citernye nih?  Citer cam nih:-

soalan:  Ummi, kenapa hujan?
jawapan:  Allah turunkan hujan sebab pokok nak minum.
jawapan semula:  Oooo.... baru adik paham...
(Ummi terkesima... bisik hati... dah paham konsep ke anak aku nih... tak pelah minta-minta tak tanya lagi soalan sama).

Ada orang kata dan mungkin jadi pegangan kita semua anak-anak cakap jujur.  Memang betul anak-anak cakap yang betul... tapi tak seharusnya kita percaya sepenuhnya... sebabnya?  Mana mungkin dia boleh jumpa Upin & Ipin malam tadi... mimpi lah tu...
Sebenarnya aye nak kaitkan dengan satu citer mengenai artis alim *** (mungkin kerana semua orang kata begitu)... apabila anaknya ditanya mengenai perbandingan hidup dengan mak sendiri dengan 'mak baru'. 
Dan jawapan itu membuatkan hati aye terguris walaupun ia bukan anak aye... hanya kerana dapat hidup mewah dengan 'mak baru ' jasa mak yang mengandung dan kesusahan melahirkan dilupakan begitu saja... dek kerana kesibukan mak menguruskan rumah tangga dan adik beradik lain... maka kebahagian hidup dengan 'mak baru' lebih dibanggakan ... hanya kerana 'mak baru' itu tiada apa-apa tanggungjawab lain melainkan membelai dia seorang... anak anak!!! 
Dan lebih melukakan hati 'ibu' ini apabila ayahnya mengatakan anaknya bercakap yang benar..."Anak-anak cakap betul, dia tak menipu".  Ayah ayah!!! memang lah anak tak menipu tapi.... ntahlah nak kata apa lagi.

3.  Antara Aku, Dia dan ...
Pernah tak suatu masa kita dibandingkan dengan orang lain
Dan bila dibandingkan... kita rasa nak jadi macam orang tu...
Tapi kita tak mampu kerana kita adalah kita...
Walau 'seburuk' mana pun kita.... Kita adalah kita
Maka jadilah diri kita yang seadanya dan berusaha untuk menjadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik. YEZZA!!

4.  Dan.... ada lagi?
... macam-macam... erk...  sebabnya bekalan letrik terputus semalam... idea dah hilang terbantut.  Nak cari citer lain plak..

nota:  sambung dari draf yang tertinggal.

5 ulasan:

  1. salam,

    1. salahkan diri sendiri...

    2. kamu benar, anakku...

    3. engkau adalah engkau, aku adalah aku, setiap manusia x serupa - bukan hanya pada cop jari jer...

    4. api x de, leh pakai bateri...

    BalasPadam
  2. itulah cerita anak-anak. saya ada banyak cerita tentang anak-anak.....murid.. hehehe

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.