Pageviews

31 Julai 2009

Ramai lelaki masuk neraka? Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ingatan Untuk Diri Sendiri

Ramai Lelaki Masuk Neraka?

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia. Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah 'Ashabun Nar' (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan 'dayus', peminum arak dan anak-anak derhaka.

Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.

Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka. Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali k.w. berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"

Baginda s.a.w. menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?"

Rasulullah s.a.w. menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak. "Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah s.a.w. menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya. "Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."
Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah?

Baginda s.a.w. menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)



21 Julai 2009

Alhamdulillah

(Keterangan gambar: Tiada kaitan dengan cerita tetapi boleh juga dikaitkan dengan pemberian yang tidak terduga, ;-) peace no war )
Segala puji dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi...
Sememangnya syahdu sekali karangan pada kali ini...
Kerana sebentar tadi hamba berhadapan dengan ujian yang besar...
Dengan izin dan rahmat dari Ilahi...
dokumen dalam folder hamba dapat diselamatkan...

Tidak sanggup rasanya hendak difikirkan...
kesan dan akibatnya jika dokumen berkenaan hilang...
Setelah bersengkang mata tiap-tiap malam...

Dengan artikel ini juga akan hamba jadikan ingatan agar sentiasa berwaspada dalam sebarang keadaan...
Moral of the story is... jangan lupa buat back-up file bagi setiap dokumen penting.

Subhanallah

A Beautiful Hadith
Hadis yang Menarik
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
 
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, "Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga".
 
Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
 
When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
 
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
May Allah bestow this favour on all of us.
Wallahhu a'lam
Nota:
Artikel ini diambil dari kiriman email dan tidak diketahui pula penulis asalnya.

20 Julai 2009

Sudah kembali...

Salam ... belum ada kesempatan nak kemaskini blog.... Insya-Allah dalam masa terdekat. Buat masa ini banyak kerja yang perlu diselesaikan.

16 Julai 2009

Masih di sini - Residence Hotel @ Uniten Bangi

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat disnap pada hari ini (16/7/2009), semasa rehat tengahari dan menunggu kelas bermula.
Keterangan gambar: di ruang lobi

Keterangan Gambar: didalam Coffee House selepas makan tengahari.

14 Julai 2009

Hari Yang Sibuk

Salam buat semua,


hari ini (14/7/2009) aye ada di Residence Hotel @ Uniten Bangi kerana menghadiri Kursus ... Rekod dan Fail (14/7 - 17/7). Bertolak di PLUiTM pada jam 5.00 pagi, untuk kursus ini hanya aye sahaja wakil dari PLUiTM, tapi yang ada bersama dalam van pagi tadi ada hussin, zulaikah dan kak liza hadir ke Kursus Islam Hadhari di JPbSM.
(keterangan gambar: diambil ketika rehat tengahari, saja je snap kat penjuru nak tengok skill)



Ini gambar semalam (13/7/2009), semasa Kursus ERT (Emergency Rescue Team) di PLUiTM, aye ikut serta tapi untuk aktiviti luar aye tak dapat ikut.... Kursus ini ada dua sesi sesi pagi berkaitan asas pertolongan cemas ada aktiviti ikatan sila, sesi petang pula berkaitan bomba dan penyelemat lepas ceramah ada sesi Kawad Basah, sesi yang tak dapat aye ikuti kerana perlu siapkan dokumen untuk temuduga pada 16/7.
(Keterangan gambar: sesi memadam kebakaran "api dalam air, dalam gambar ni lelaki yang berbaju biru tu ayang aye, tak dapat nak snap dekat sebab api tu panas... dan atas sebab-sebab keselamatan juga kerana ikut arah angin... sori la yang tak nampak muka, tapi gaya ada gak kan)


(Keterangan gambar: Alif dan Syafiq dekat kereta bomba. Alif memang minat dengan kereta bomba, gambar ni diambil ketika orang lain sedang "berkawad basah" dan pada masa tu juga alif belum lagi takut dengan bermacam-macam... syafiq relex jer...Alif... itulah anakku)


10 Julai 2009

Orang Berbudi Kita Berbahasa




Assalamualaikum dan salam hormat buat pembaca blog juga untuk ingatan kepada diri sendiri.

Sebagai manusia biasa kita kadang-kadang tidak terlepas dari rasa kecewa dan terkilan atas sikap orang kepada kita. Namun apapun perasaan kita itu tak mungkin dan sukar untuk dijelaskan maksudnya kepada orang yang kita maksudkan.

Kenapa?

Kerana masih lagi ada nilai moral dalam diri dan kalaupun kita tunjukkan sikap kita itu, apa yang akan dita dapat? Boleh ke jadi kaya atau boleh jadi senang? Mungkin tidak!!!
Hari ini dan hari semalam tak mungkin sama tapi hari ini sepatutnya lebih baik dari semalam dan hari esok sepatutnya lebih baik dari hari ini. Boleh ? Kata Nabil "Lu pikir la sendiri".
Semalam aye telah ditugaskan untuk mengagihkan sesuatu (ape tu? "Hanya Jauhari mengenal manikam") kepada individu tertentu. Biarpun dalam keadaan sibuk dengan kerja sedia ada. Bukan aye nak lari. Aye agih juga "sesuatu" itu, cuma bukan semua aye agihkan sendiri tapi ada sebahagiannya melalui individu lain.
Cerita terkilan sepatutnya tak timbul, tapi aye harian juga kenapa dalam diri aye ni masih timbul perasaan tu... macam mana nak hilangkan? Nak sental dengan "clorox". Tak mungkin.... Caranya Istighfar la... Bukankah itu cara yang lebih baik?
Pelik? Kenapa? Sebab hari ni tulisan aye macam berbahasa. Ye lah sebab tajuknya pun "berbahasa".
Sebenarnya memang aye sibuk, tapi nak tulis juga dalam blog ni, nak luahkan apa yang aye rasa. Supaya di kemudian hari, tulisan ni dapat juga aye jadikan ingatan dan panduan dalam berbudi dan berbahasa.

08 Julai 2009

Princess


Princes.... busy.... manyak keje nih.... nanti tak dapat nak update blog .
huhuhu...

03 Julai 2009

Alif Toy Story Ep. 1

Ummi!... mainan alif bersepah la... alif kemas yek?


Hmmm... Alif susun satu-satu ikut turutan ye.. ataupun ikut... suka alif la... boleh ke Ummi?

Penat la... susun mainan ni... alif relex jap nak main gitar... lagu ... lagu KERAS... ayah nyanyi....
mana lagi nak letak ni...

cam ni... pun okey lah... nanti alif tolong kakak kemas masuk dalam bakul... alif tak abis main lagi ni..